Jom Buat Duit

Friday 10 February 2012

Artis wanita minta cerai jadi trend


JAKARTA: Kini sudah menjadi trend untuk artis wanita Indonesia menuntut cerai daripada suami.
Di awal 2012 ini, seorang artis wanita, Ratu Felisha, mendapat status janda dan dua lagi artis sedang menjalani proses perceraian mereka di mahkamah.

Perkahwinan Tere dan Nova Eliza, kini berada di ambang perceraian. Sebab perceraian pula bermacam-macam.

Namun, yang pasti, mereka merujuk kegagalan rumah tangga mereka ke pejabat agama.
Ratu Felisha bercerai pada 30 Januari lalu, manakala Tere, penyanyi kumpulan DPR dan Nova, seorang pelakon drama televisyen yang mencuba nasib di bidang seni suara juga akan bergelar janda tidak lama lagi.

Selain daripada mereka, beberapa artis lain yang sedang melalui proses perceraian termasuklah penyanyi pop era 80-an, Lis Sugianto dan hos Anandita Witoelar.

Artis yang dinobatkan sebagai artis terbaik pada Pesta Filem Indonesia 2011, Prisia Nasution juga bercerai pada awal 2012 lalu, ketika namanya melonjak naik setelah berlakon dalam filem “Sang Penari.”

Apa yang tidak kena dengan perkahwinan mereka?

Ada spekulasi mengatakan bahawa perceraian itu hanya mencerminkan gaya hidup mereka sebagai selebriti, tetapi yang pasti dalam kes perceraian itu, biasanya si isteri yang menuntut cerai.

Fenomena apakah ini? - Detikhot.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters