Jom Buat Duit

Saturday 17 March 2012

Album Springsteen singkirkan Adele



BRUCE SPRINGSTEEN membuat persembahan pada Festival Muzik SXSW di Austin, Texas kelmarin. 

LOS ANGELES - Album terbaharu penyanyi Bruce Springsteen, Wrecking Ball menduduki No.1 dalam carta Billboard di Amerika Syarikat pada minggu ini dengan menyingkirkan album penyanyi Adele, 21, lapor akhbar Huffington Pos kelmarin.

Album Springsteen itu dilaporkan dijual sebanyak 196,000 unit.
Kekuatan suara Springsteen dalam album itu menyebabkan dia mendapat perhatian ramai.
Lagu-lagu dalam album tersebut menceritakan kemarahan penduduk ekoran masalah yang melanda mereka.

Album Adele, 21 berada di tempat kedua dengan jualan sebanyak 190,000 unit selepas berada pada kedudukan No.1 selama 23 minggu.
Springsteen merupakan penyanyi rock veteran dan berusia 62 tahun.
Antara lagunya yang popular ialah Born in the U.S.A.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters