PENYANYI Adele baru bercinta dengan Simon Konecki selama lima bulan. Bagaimanapun Adele nampaknya telah merancang sebuah hubungan yang lebih serius iaitu berkahwin. Malah dia telah merancang untuk melahirkan lima orang anak buat kekasihnya itu apabila mereka rasmi berkahwin nanti.
"Saya ingin lima anak dari Simon," ujar salah seorang ahli keluarga Adele sambil meniru gaya percakapan penyanyi tersebut. Adele dikatakan mahu mempunyai lima orang anak kerana dia merupakan seorang anak tunggal.
Sumber tersebut juga mengatakan bahawa pasangan itu telah berbincang untuk membina sebuah keluarga bersama selain Adele sendiri didakwa telah merancang untuk berkahwin di Las Vegas sebelum hujung tahun ini.
"Saya percaya setiap pasangan yang bercinta memang akan membincangkan topik untuk berkahwin, begitu juga dengan Adele dan Simon. Mereka telah berbincang untuk berkahwin di Las Vegas sebelum hujung tahun ini dan mereka mahu segera memiliki cahaya mata," tambah sumber tersebut lagi.
Sumber tersebut juga mengatakan bahawa Adele dan Simon kemudian menjadi malu sendiri kerana tidak menyangka mereka mempunyai keinginan yang sama iaitu memiliki keluarga yang besar.
Simon sebelum ini sudah pernah berkahwin dan memiliki anak. Walaupun dia bakal mengahwini seorang duda, Adele tidak melihat ia sebagai satu isu. Sebaliknya dia sangat gembira dan teruja untuk memiliki anak sendiri bersama Simon.
No comments:
Post a Comment