Jom Buat Duit

Sunday 8 April 2012

Victoria Beckham tampil dengan wajah eksotik

PENAMPILAN Victoria untuk kulit depan Harper’s Baazar.
PENAMPILAN Victoria untuk kulit depan Harper’s Baazar.

LONDON: Peminat kepada bintang pop yang bertukar karier menjadi pereka fesyen Victoria Beckham biasa melihat wanita itu tampil dengan pelbagai gaya.
Namun, kali ini penampilan Victoria nyata eksotik ketika dia muncul untuk sesi fotografi Harper’s Baazar China.

Dengan rambut palsu merah yang diikat ke belakang dan memakai pakaian seksi, ibu empat anak itu berubah dengan penampilan cukup dramatik.
Imej terbaru isteri David Beckham itu disifatkan sesetengah penulis blog seperti karakter dalam permainan video.

Victoria menjalani sesi fotografi bersama jurugambar China Chen Man yang terkenal dengan kesan sinematik yang dramatik.

Bintang itu tampil untuk kulit depan majalah Bazaar edisi China selepas dia muncul dalam Harper’s Bazaar Britain.

Ketika diwawancara, Victoria berkata, dia mewakili wanita golongan pertengahan dalam rekaannya.

Victoria menjelaskan sejak menjadi pereka fesyen, dia lebih suka memakai pakaian rekaannya sendiri untuk lebih mesra dengan pelanggan.

Namun, tahun lalu dia kecewa kerana tidak dapat mencuba rekaannya sendiri kerana hamil dengan anak perempuannya, Harper.

“Kami sentiasa berjenaka mengenai model berusia 17 tahun yang berketinggian enam kaki memperagakan rekaan saya. Namun, kemudian saya kata, baiklah saya akan cuba pakai baju itu dan mencubanya untuk tatapan umum.

“Begitulah cara saya bekerja. Saya dapati sukar ketika hamil dan tidak dapat mencuba rekaan sendiri. Saya hanya berdiri dan mula menutupi tubuh dengan fabrik kain. Memang sukar jika kita tiada susuk tubuh idaman,” katanya. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters