Jom Buat Duit

Sunday 8 April 2012

Kembara Philip


AKTOR dengan nama Philip Winchester ini gemar melancong ke seluruh dunia. Katanya, dia suka memerhati sambil ditemani isterinya yang berkongsi minat yang serupa.
“Kami suka berkongsi pemerhatian. Semua orang mempunyai keinginan untuk disayangi, berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan dan bersosial.
“Ia diterjemahkan secara berbeza di setiap negara,” ujarnya yang percaya pengembaraan membuatkan dirinya lebih terbuka dan lebih jujur.

Namun, mengembara bukanlah satu perkara baharu Philip. Pada usia 17 tahun dia sudah berpindah ke London dari Amerika Syarikat demi mencari ilmu dalam bidang lakonan.
“Saya berpindah bersama nenek sebelah ibu saya, Mary. Dia menjalankan perniagaan penginapan di luar kota London. Saya tinggal dalam salah sebuah bilik penginapan.

“Saya turut bekerja di ladang, mengumpul rumput kering pada musim panas, berkebun pada masa musim bunga manakala pada musim sejuk saya akan membersihkan rumah dan memotong kayu.
“Saya akan memberitahunya, ‘Nenek tahu tak, pengalaman lalu sangat berbaloi, semua kerja keras kami, semua hari-hari ketika saya menunggang motosikal di London pada musim salji, semua uji bakat yang telah dilalui. Nenek ialah orang pertama yang mengucapkan ‘Tahniah’,” ujar Philip.

Terbaharu, pelakon berusia 31 tahun ini muncul dalam slot Cinemax iaitu Strike Back. Mampat dengan aksi ngeri, Strike Back akan ditayangkan pada 20 April ini pukul 11 malam di saluran Max (Astro saluran 412).
Dibintangi Sullivan Stapleton, Philip Winchester dan Mealing Amanda, siri ini dikatakan menepati kemahuan masa kini dengan konsep pantas meliputi elemen keterujaan, aksi dan drama serta merentasi dunia dari India ke Afrika Selatan serta dari England ke Chechnya.

Siri yang dirakam di Afrika Selatan dan Hungary ini turut dibintangi Eva Birthistle, Jimi Mistry, Rhashan Stone dan Richard Armitage.

Membawakan watak Sarjan Michael Stonebridge, Philip berkongsi keterujaannya buat penonton tentang inti pati Strike Back.
“Dalam Strike Back, kami mempunyai sebuah pasukan elit yang digelar Seksyen 20 iaitu pasukan yang beroperasi secara global untuk membanteras keganasan. Apa yang akan penonton saksikan ialah pengganas yang cuba menggunakan senjata biokimia dan mengagihkannya di bandar-bandar utama dunia.
Michael Stonebridge dan Damien Scott membentuk pasukan bersama yang sukar dipisah kerana mereka saling menyelamatkan nyawa masing-masing.

Penonton juga akan melihat bagaimana kedua-dua mereka melalui detik-detik membina hubungan baik dan juga mula meragui orang yang melindungi mereka sejak awal apabila mereka cuba mendapatkan pengganas dan senjata kimia sebelum ditemui musuh,” ujarnya tentang Strike Back yang menjalani penggambaran di Durban dan Cape Town di Afrika Selatan dan Budapest, Hungary.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters