Jom Buat Duit

Sunday 8 April 2012

Heidi Klum failkan perceraian


LOS ANGELES: Supermodel Jerman Heidi Klum, kelmarin memfailkan perceraian daripada suaminya, penyanyi Britain Seal dua setengah bulan selepas pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka, kata jurucakap pasangan itu.
Heidi menyatakan “tiada keserasian” dalam petisen perceraian yang difailkan di mahkamah agung Los Angeles yang menyaksikan pasangan itu menandatangani persetujuan pascaperkahwinan, menurut laporan selebriti TMZ di laman webnya.

Jurucakap psangan itu mengesahkan kepada media Heidi memfailkan perceraian, tetapi tidak memberi sebarang ulasan lanjut.
Dalam dokumen perceraian disiarkan TMZ, Heidi meminta hak penjagaan bersama untuk empat anak mereka iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia 7,6,5 dan dua tahun. Bagaimanapun, Heidi mahukan hak jagaan fizikal sepenuhnya dan Seal diberikan hak untuk melawat.

Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan mempunyai tiga anak bersama. Seal yang dikenali dengan lagu hit “Kiss from a Rose” turut menjadikan anak perempuan Heidi hasil hubungannya dengan bekas pengurus Formula Satu Flavio Briatore sebagai anak angkatnya. Heidi dan Seal terkenal kerana selalu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun pada ulang tahun perkahwinan mereka sepanjang tujuh tahun hidup bersama. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters