Jom Buat Duit

Saturday, 24 March 2012

43 wanita cantik rebut juara


SHAH ALAM – Seramai 43 orang wanita bakal berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Akhir Pencarian Model Fareeda 2012 yang akan berlangsung di SACC Mall di sini selama dua hari mulai hari ini.

Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria (gambar kecil) berkata, peserta terdiri daripada pelajar serta pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan ibu muda berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Menurutnya, kesemua peserta bukan sahaja memiliki raut wajah yang jelita malah berbakat dalam bidang peragaan fesyen terutama gaya tudung.
“Pertandingan separuh akhir akan berlangsung hari ini dengan 16 daripada 43 peserta dipilih memasuki final yang diadakan esok,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 manakala tempat kedua meraih wang tunai RM2,000 dan 5 helai tudung bernilai RM1,000.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters