Jom Buat Duit

Tuesday 20 March 2012

12,595,268 layak undi

KUALA LUMPUR: Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 selepas nama diperakui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata, jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
“Daftar diwartakan pada 20 Mac, membabitkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian pilihan raya tidak terbabit tuntutan atau bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagi pemohon yang nama terbabit bantahan, katanya, SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR.

Katanya, sepanjang pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Februari lalu, SPR menerima 804 bantahan membabitkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan semua bantahan itu belum diselesaikan.

Kawasan terbabit ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah); Bachok dan Ketereh (Kelantan); Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu); Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).

Katanya, pemilih boleh menyemak maklumat pendaftaran di talian 03-8885 6565 atau di laman web www.spr.gov.my mulai 20 Mac ini. - Bernamaatau sistem pesanan ringkas dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters