Jom Buat Duit

Friday 10 February 2012

Tugas konti mulai Isnin - Sarimah Ibrahim



KHABAR angin mengenai Sarimah Ibrahim akan bergelar penyampai radio bukan rahsia lagi. Biarpun keberatan untuk menyatakan nama stesen, tetapi daripada sumber rapat dengannya, mengesahkan Sarimah akan bertugas di Red FM bermula 13 Februari ini.
Ketika ditemui di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) ini tidak menafikan perasaan teruja untuk ke kembali ke konti radio selepas menimba pengalaman selama empat bulan di Era FM sebelum ini.


“Isnin ini bermulalah cabaran terbesar saya, sebab tanggung�jawabnya juga besar.
Kali ini saya bertugas untuk siaran pagi, tapi bukan dengan rang�kaian AMP atau Media Prima. Saya memilih stesen ini kerana ia mempunyai potensi besar untuk saya dan dipasangkan pula dengan kawan-kawan yang berpengalaman dalam radio.
“Cabaran sebab tugas saya untuk menarik lebih pendengar Melayu mendengar siaran radio Inggeris. Memang sangat besar bagi saya dan juga penerbit. Buat masa ini, biarlah khabar angin itu keluar daripada mulut orang lain, bukan saya. Tunggu saja pengumumannya nanti.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, sebagai penyampai radio ini bagaikan suatu ‘kepulangan’ untuk saya mengendalikan program berbahasa Inggeris sejak The Biggest Loser. Sebab selama ini saya banyak diberikan program dalam bahasa Melayu,” katanya yang seperti biasa ramah bersembang.

Kesungguhannya untuk kembali menjawat tugas penyampai radio, menurut Sarimah juga untuk membolehkannya melakukan penjenamaan semula dirinya dan dalam masa yang sama sebagai mempromosikan syarikatnya, Sarimah Sdn Bhd yang mengendalikan produksi dan pengurusan acara.

Sarimah yang ditemui ketika sesi uji bakat On Air bersama Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman di Bumi Kenyalang itu turut memberitahu yang dia baru meminta geran daripada kerajaan untuk menerbitkan dokumentari 90 minit yang memfokuskan kesihatan mental di Malaysia serta perbandingannya de�ngan negara rantau Asia.

“Saya mendapat bantuan daripada Universiti Help dalam usaha penerbitan dan penyelidikan mengenai mentaliti manusia. Setakat ini saya sudah siapkan sebuah buku panduan bagaimana mengatasi tekanan dalam kehidupan.

“Saya sudah membuat kajian berkaitan psikologi ini sejak 10 tahun lalu dan untungnya, profesor saya juga membantu projek ini. Bagaimanapun, buku panduan itu masih belum bertajuk dan dikeluarkan lima enam bulan dari sekarang. Saya buat dalam dua versi - Melayu dan Inggeris,” katanya.

Daripada buku panduan itu kata Sarimah, dia boleh menulis lebih banyak topik yang berkaitan dengan tekanan yang dihadapi manusia. Malah daripada kajian dan pengamatannya selama ini, kes seperti penderaan anak, pembuangan bayi dan bunuh diri antara yang disebabkan oleh tekanan.

“Saya mahu membantu memberi kesedaran mengenai perkara ini kerana ramai dalam kalangan kita yang ambil lewa, walhal ia amat penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

“Sebab itu saya rasakan yang radio adalah jalan terbaik untuk saya merealisasikan hal ini dan berkongsi dengan pendengar masalah-masalah mereka,” katanya.

Secara peribadi, Sarimah mengharapkan pihak kerajaan memperuntukkan lebih bajet untuk mengatasi tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Tekanan katanya, akan mendorong kepada sakit jiwa dan mental.

“Ramai pesakit jiwa yang saya jumpa termasuk kawan-kawan ada masalah tekanan.
Ada kes bunuh diri, seorang lelaki yang mengalami kemurungan sejak kecil akibat didera bapa sendiri. Apabila dewasa, dia terbabit dengan dadah dan berkahwin cerai. Anak-anak dia pula menjadi mangsa dera sehingga dia sendiri membunuh diri.

“Ini baru satu dua kes dan banyak lagi yang lebih kurang sama, semuanya berpunca daripada tekanan. Dengan bertugas di konti radio ini, insya-Allah saya mencadangkan �kepada penerbit membuat satu segmen, memberi ruang kepada pendengar membuat panggilan meluahkan atau aduan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters