Jom Buat Duit

Monday 20 February 2012

Melaram sakan

KEDINGINAN puncak Genting Highlands yang menjadi lokasi penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), bagaikan terasa apabila barisan artis wanita popular melaram sakan sewaktu menghadiri majlis Pengumuman Persembahan dan Penyampai yang diadakan Ballroom Classic, Holiday Villa, Subang, Rabu lalu.
Penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain bersama penyanyi muda cukup menyerlah tatkala ini, Alyah, Shila Amzah, Adira, Shiha Mentor, Farhan, Akma serta pelakon cantik manis, Fauziah Ghous antara yang mengambil bahagian dalam segmen pertunjukan fesyen istimewa 10 pereka popular tanah air yang diketengahkan sebagai inti pati program itu.
Menepati tema Celebrations, ABPBH2011 berkonsepkan ‘Larger Than Life’, barisan pereka terkenal yang terbabit adalah Hazwani Osman, Nazreen Idris, Fitri Zainal, Khairi Sufi, Rizman Ruzaini, Faizell Azraff, Sheila Mohammad, Raffiey Nasir, Dewi Sofea, Wan Huzairil dan Wanpa.

Acara petang itu pastinya menjadi detik manis buat Rizman Ruzaini apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah Pereka Paling Popular kategori wanita menerusi keindahan gaun digayakan Datuk Siti Nurhaliza manakala kategori lelaki diungguli Shaheizy Sam yang mendapat tajaan Lord’s Tailor.


Turut menarik perhatian Stailistik petang itu, tentunya Ramlah Ram yang hampir membuatkan tetamu menyangkakan dirinya Yuna dengan busana unik rekaan whimsical Ya Salma.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters