Jom Buat Duit

Saturday 18 February 2012

Malaysia gagal mara ke pentas final kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia





MACAU – Malaysia gagal mara ke pentas final kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia apabila tewas 0-3 kepada Jepun pada aksi separuh akhir semalam.
Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak memberikan sebarang kesan buat skuad negara kerana telah terlebih dahulu layak ke pusingan akhir di Wuhan, China pada Mei depan selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kempen kelayakan kali ini.
Disebabkan pertemuan dengan Jepun pada aksi separuh akhir semalam boleh dianggap sudah tidak mendatangkan apa-apa makna, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong direhatkan.
Ia bagi memberi peluang kepada barisan pemain lain terutama pemain muda untuk turun beraksi, sekali gus merasai suasana sebenar kejohanan.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek memuji persembahan yang dipamerkan barisan pemain muda yang diturunkan semalam apabila jelas kesemua mereka mempamerkan semangat juang yang tinggi.

“Biarpun kita kalah tetapi pemain-pemain muda tunjuk semangat juang tinggi terutama Liew Daren (perseorangan kedua),” kata Rashid ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.
Pada aksi semalam, Muhamad Hafiz Hashim yang tampil selaku perseorangan pertama tewas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21 manakala beregu pertama, Goh V Shem-Lim Khim Wah tewas 11-21, 21-11, 18-21 kepada Hashimoto Hirokatsu-Noriyasu Hirata.
Daren yang memberikan persaingan sengit terhadap Kenichi Tago bagaimanapun gagal menyekat kemaraan pemain Jepun itu apabila tewas 28-30, 21-18.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters