Jom Buat Duit

Saturday 11 February 2012

Hilmi berdepan hukuman penjara




KUALA LUMPUR – Hilmi Hazimin Malek atau sebelum ini hanya dikenali sebagai Hilmi yang ditahan di Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu berdepan dengan hukuman penjara lima tahun dan denda maksimum Rp500 juta (RM170,000) jika didakwa dan didapati bersalah atas perbuatannya itu.

Satu sumber berkata, Hilmi yang masih ditahan di Jabatan Imigresen Batam Sentral sejak Jumaat lalu ketika memperbaharui pasport palsu di republik itu akan didakwa di bawah Pasal 126 Undang-Undang No.6 Tahun 2011 yang berkaitan dengan imigrasi.

“Kesalahan memalsukan dokumen yang dilakukan oleh Hilmi merupakan satu jenayah berat di Indonesia dan sekiranya siasatan mendapati dia bersalah dia akan didakwa,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters