Jom Buat Duit

Saturday 11 February 2012

Bunuh diri sebab cemburu

MANILA: Seorang lelaki dijumpai mati tergantung dari siling rumah sewanya di bandar Butuan, semalam.
Polis Caraga menyifatkan kes itu sebagai kes bunuh diri akibat cemburu.

Menurut Superintendan, Martin Gamba, anggota polis menemui mayat Bernardo Diaz Bilbao, 32 tergantung di dalam biliknya di Brgy 18 Obrero, Butuan pada jam 1.58 petang

Siasatan mendapati Bilbao bertengkar dengan isterinya, seorang penghibur yang dikenali sebagai Nicole, tengah hari kelmarin, kerana “cemburu yang berpanjangan” dan menuduh Nicole menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Bilbao yang kelihatan tertekan, pergi menemui abangnya beberapa jam sebelum bunuh diri.

Dia ditemui mati oleh seorang bernama Lito Dakuran, kira-kira jam 12.30 tengah hari. - Inquirer

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters