Jom Buat Duit

Sunday 5 February 2012

Asmidar terpaksa solek lebih




MEMECAH kepompong dan masuk ke arus popular daripada pertandingan nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa yang menyasarkan untuk peserta kurang wajah komersial, Asmidar sedikitpun tidak berasa ralat.
Jauh sekali rendah diri, malah dia mengakui bahawa kurang cantik sebenarnya satu rahmat.
"Itulah platform sebenar untuk orang-orang macam saya. Sudah banyak pertandingan nyanyian saya sertai, tapi semuanya tak ke mana.

"Memanglah wajah cantik itu aset penting, tapi saya seorang biasa-biasa sahaja dari segi wajah dan penampilan. Tapi, saya jenis yang tidak mudah patah semangat dan percaya kemampuan diri, kalau dibantu oleh solekan, dandanan serta pakaian yang menarik, saya juga boleh tampil berkeyakinan. Rasanya cantik itu subjektif," juara Vokal Bukan Sekadar Rupa itu tenang melenturkan bicara.

Setelah menang, ada juga yang menyifatkan Asmidar tidak layak menyertai pertandingan berkenaan kerana memiliki penampilan yang menarik berbanding saingan yang lain, berbeza dengan syarat utama dan konsep pertandingan berkenaan.
"Wajah saya biasa-biasa sahaja, sebab itulah kena bersolek lebih sikit jika hendak nampak menarik. Tapi masa uji bakat, memang saya datang tanpa sebarang solekan," katanya.

Ambil pendekatan positif, fokus pemilik nama sebenar, Norhasmida Ahmad, 26, itu semakin jelas. Single yang menjadi salah sebuah lagu pertaruhan konsert akhir pertandingan yang dijuarai, Biar Sampai Ke Bintang semakin hangat berputar di radio. Melodi indah gubahan Ajai serta lirik oleh Transformer Malaya itu pantas meletakkan juara Bintang Asli Remaja Wanita Kebangsaan tahun 2006 serta Naib Juara Bintang RTM 2001, Asmidar di landasan yang tepat.

"Sebelum masuk Vokal Bukan Sekadar Rupa, memang kerja saya masuk pertandingan menyanyi, menang tapi macam di angin lalu sahaja. Kali ini, saya ada single, tapi memang kalau tak menjadi juga, ada perancangan untuk menyanyi dengan band saya, The Moustache. Bila single itu ada sambutan, saya memang sangat bersyukur," katanya yang melebar senyuman apabila single lantunannya mula mencari tapak di radio.

Dipuji para juri serta terbukti hebat dari segi vokal, pemilik Diploma Muzik Universiti Teknologi Mara itu juga bertekad mahu mencuri perhatian umum. Dia memilih ciri elegan, moden serta sedikit sentuhan klasik sebagai perincian imejnya untuk dipertontonkan kepada khalayak.
"Rasanya imej begitu sesuai dengan jenis lagu yang saya bawakan ketika ini, kalau ada produk baharu yang berlainan rentak, mungkin penampilan pun perlu diubah," jelas Asmidar yang beruntung berbapa saudarakan Tiar Zainal, seorang jurusolek profesional yang banyak membantunya dari segi penampilan diri.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters