Seorang jururawat di sebuah hospital di Vietnam mengaku membunuh tiga
bayi baru lahir apabila menyuntik mereka dengan anestetik dan bukannya
vaksin hepatitis B.
Jurucakap polis, Nguyen Van Loi berkata, suspek Nguyen Thi Thuan dari
hospital besar daerah Huong Hoa di wilayah Quang Tri didakwa tidak
sengaja menyebabkan kematian pada Julai tahun lalu akibat melanggar
etika dan peraturan pentadbiran.
"Semasa ditahan minggu lalu, Thuan mengaku menyuntik ketiga-tiga mangsa
dengan Esmeron, iaitu sejenis ubat yang biasanya digunakan sebagai
anestetik am," katanya dipetik DPA.
No comments:
Post a Comment