Pegawai pasukan pengawal pantai Korea Selatan mengesahkan pihaknya
menemui empat mayat penumpang dalam insiden feri karam semalam.
Jurucakap kerajaan berkata, angka terkini (10 malam waktu tempatan)
mereka yang masih hilang adalah 293 orang setelah hanya 164 penumpang
dapat diselamatkan daripada feri yang membawa 459 penumpang itu.
“Selebihnya dianggap masih hilang. Jumlah penumpang disahkan 459 orang, berbanding laporan awal 477 orang,” katanya.
Menurutnya, setakat ini, identiti penumpang maut disahkan sebagai anak
kapal feri terbabit, Park Ji-young, 22, dan pelajar tahun dua Sekolah
Tinggi Ansan, Jung Cha-woong.
“Kira-kira 27 penumpang kritikal dikejarkan ke Hospital Besar Hankook,
Hospital Mokpo Hankook dan Hospital Besar Haenam,” katanya.
Difahamkan menurut laporan Reuters, feri terbabit membawa 325 pelajar
menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada 8.58 pagi
waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau
Byeongpoong.
Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.
Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu letupan kuat sebelum feri itu terhenti dan mulai condong.
No comments:
Post a Comment