Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang
diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam
fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.
“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak
didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk
mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.
Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan
dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di
tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu.
Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat
mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya
disangkakan tangisan anak jiran tetangga.
Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia
mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi
dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol
susu.
myMetro
No comments:
Post a Comment