Riyadh: Seekor kambing berwajah manusia dilahirkan di Arab Saudi tetapi mati beberapa jam kemudian.
Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu
terjadi di sebuah ladang di Samita selepas induk kambing itu bunting
selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya
purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan.
“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan
sama seperti manusia. Tambah mengejutkan apabila kandungan itu
dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan.
“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing
itu berwajah manusia. Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah
mati. Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. -
Agensi
No comments:
Post a Comment