CHINA. Ratusan penumpang Dragonair terpaksa menghabiskan masa lebih
tujuh jam di dalam pesawat apabila pesawat yang mereka naiki tidak boleh
mendarat di lokasi asal kerana ribut kuat.
Penerbangan KA875 berlepas dari Shanghai pada jam 6.30 petang (waktu
tempatan) dengan muatan penumpang seramai 252 itu, berpatah balik ke
lapangan terbang berhampiran di Shenzen selepas Hong Kong dilanda hujan
batu yang lebat dan ribut kuat.
Jurucakap pengendali Dragonair, Cathay Pasific berkata, pada awalnya
pesawat merancang berlepas semula ke Hong Kong sebaik sahaja cuaca reda,
namun ia terpaksa ditangguhkan apabila pesawat didapati menghadapi
masalah teknikal.
"Kami memohon maaf di atas kelewatan ini kerana ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka,"katanya dipetik AFP.
No comments:
Post a Comment