NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas
bekas ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah
syariah di Shah Alam minggu lalu.
Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau nama
sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa
portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh
dan meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.
Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam berkata
kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu
saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas Adam
yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33,
dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil
keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu.
Pernikahan itu berlangsung dalam majlis serba sederhana di Jabatan
Agama Islam Selangor, Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.
Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka menjadi
perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak
dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan
bekas teman lelakinya.
Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan mereka
masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali
lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat
memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.
Luahan hati Fiza
Bagaimanapun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan daripada Fiza
gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan
WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.
"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa.
Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya
sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini
cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung
beban.
"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa
yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin
seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua
keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui
segala-galanya.
"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat
dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi
rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua
cerita peribadi saya kepada umum.
"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH
adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita
sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa
meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”
SH
No comments:
Post a Comment