PENAMPANG – Hasrat seorang remaja perempuan menikmati sarapan pagi
yang dipesannya tidak kesampaian apabila dia maut disimbah asid oleh
seorang ‘lelaki misteri’ di sebuah restoran berhampiran Towering, Jalan
Penampang di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Memay Kundusan,
19, dikatakan sedang berdiri memesan makanan di dalam restoran itu
sebelum dihampiri seorang lelaki bertopi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh
berkata, lelaki yang tidak dikenali itu kemudian bertindak menyimbah
sejenis cecair dipercayai asid yang diisi dalam sebuah botol plastik
pada muka mangsa menyebabkan dia menggelupur kesakitan.
“Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya di sini semalam. Kosmo
No comments:
Post a Comment