KEADAAN bilik tempat Nur Amirah mati disembelih yang berlumuran darah di Felda Panching Selatan, Kuantan semalam.
KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah
bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11
bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di
Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.
Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23,
kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu
menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika
sedang tidur di bilik.
“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur,
tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang
sedikit pelik.
“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman
untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak
keduanya itu selepas terdengar dia merengek.
“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis
memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,”
katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment