SETIAP kali musim kahwin tiba, sindrom bunting pelamin sudah menjadi
lumrah. Sepintas lalu, menyebutnya sahaja, mungkin ada yang tidak mampu
membendung senyum.
Bunting pelamin membawa maksud wanita hamil kurang sebulan menempuh
gerbang perkahwinan. Ia bukan perkara luar biasa tetapi masih menjadi
topik hangat apatah lagi jika berlaku dalam kalangan artis.
Lebih hangat lagi jika berita kehamilan itu disertakan dengan
pengakuan, petua-petua serta sisipan objek ujian kehamilan yang kini
semakin menjadi ikutan.
Berita gembira perlu dikongsikan dengan seluruh dunia, namun, mulut
tempayan boleh ditutup, mulut manusia tetap ternganga. Pengakuan
kehamilan segera juga boleh mengundang tekanan apabila ada nada sinis
yang cuba menjadikan ia bahan gurauan berbaur lucah.
Kosmo
No comments:
Post a Comment