Jom Buat Duit
Sunday, 18 November 2012
Seorang anggota tentera udara maut digilis lori
KUALA KANGSAR – Seorang anggota tentera udara tidak sempat menamatkan kursus apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori muatan tanah berhampiran lampu isyarat kawasan perindustrian di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.35 petang, mangsa, Perajurit Muda Mohamad Jazli Abu Bakar, 23, dikatakan dalam perjalanan menuju ke Institut Latihan Tentera Udara Ipoh selepas menemui rakan mereka di Klebang Restu, Chemor.
Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa hancur dengan otaknya terpelanting sejauh lebih 10 meter dari tempat kejadian.
Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada di belakang lori seberat lapan tan terbabit melihat mangsa bergesel dengan badan lori sebelum terjatuh ke tengah jalan.
“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata tetapi saya sempat melihat lori itu terus menggilis kepala mangsa menyebabkan serpihan otak terpelanting,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa yang mahu dikenali Kadir, 21, berkata, dia bergerak bersama mangsa untuk kembali ke institut berkenaan bagi menjalani kursus yang dijangka tamat minggu depan.
“Kami baru pulang menemui rakan di Klebang Restu tidak jauh dari sini, saya bergerak di hadapan manakala, dia di belakang. Saya terkejut apabila toleh ke belakang, orang ramai berkumpul.
“Menggeletar lutut apabila melihat tubuh arwah di tengah jalan dalam keadaan mengerikan. Namun, kejadian itu telah dilaporkan kepada pegawai atasan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu lori di balai-balai berdekatan setelah gagal menemuinya di lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kedua-dua kenderaan itu berada di laluan sama menuju ke Ipoh. Dipercayai mangsa bergesel sebelum terjatuh dan di gilis tayar belakang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan pemandu yang mungkin membuat laporan di balai berdekatan,” katanya. SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment