ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita yang ditemui
dibuang di dalam tong sampah di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh
semalam.
PETALING JAYA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh tidak menyangka
bungkusan kanvas yang ditemui di dalam tong sampah di Bandar Rahman
Putra, Sungai Buloh dekat sini semalam mengandungi mayat seorang wanita
yang dipercayai mangsa bunuh.
Buruh yang mahu dikenali sebagai Hassan, 22, berkata, bungkusan itu
ditemui pada pukul 11 pagi ketika dia mahu membuang sisa binaan ke dalam
tong sampah yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai yang sedang
diubah suai.
“Melihat kepada bentuk bungkusan itu, saya takut untuk membuka
menyebabkan saya terus menghubungi tauke saya yang ketika itu berada di
Batu Caves sebelum tauke saya menghubungi polis,” kata Hassan yang
bekerja sebagai buruh di rumah kedai yang sedang dalam proses diubah
suai.
Hassan yang ditemui di sini memberitahu, polis yang tiba di tempat
kejadian pada pukul 12.30 tengah hari membuka bungkusan tersebut dan
menemui mayat seorang wanita berusia lewat 20-an.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan
berkata, mayat wanita warga asing itu dipercayai dibunuh di tempat lain
sebelum dicampak ke dalam tong sampah tersebut.
Semasa ditemui mayat itu lengkap berpakaian.
No comments:
Post a Comment