BEGINILAH keadaan muka Suryani selepas mendakwa didera majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani kelmarin.
SUNGAI PETANI – Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya
ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir
dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina
yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.
Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani
Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan
melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera di sini pada
pukul 12 tengah hari kelmarin.
Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah
majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah untuk
bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga
lewat malam.
Dakwanya, selain itu, dia sering diugut untuk dihantar pulang jika enggan menurut perintah.
“Majikan saya selalu arahkan saya bangun awal pagi untuk membuat
kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, saya diarah bangun pada pukul 5
pagi untuk melakukan pelbagai kerja sehingga lewat malam.
“Ekoran itu, saya telah terlajak tidur sehingga pukul 7 pagi keesokan
harinya akibat terlalu penat. Majikan yang tidak berpuas hati dengan
alasan saya bertindak memukul tangan, badan dan muka dengan benda tumpul
hingga bengkak dan sakit,” dakwanya yang masuk ke negara ini melalui
agensi pekerja asing.
No comments:
Post a Comment