BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar ‘Orang Gila Kanada’
kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah
mahkamah di sini semalam.
Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia tidak
akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada.
“Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan penangkapan
tersebut,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di sini, Martin
Steltner.
“Suspek kemudian memberitahu dia tidak akan mencabar proses ekstradisinya,” tambah jurucakap berkenaan.
Menurut Steltner, Magnotta, 29, yang ditangkap di sebuah kafe
Internet di ibu kota Jerman di sini kelmarin, akan dipindahkan dari
lokap polis ke sebuah penjara.
“Proses mengekstradisi Magnotta kini lebih mudah dan cepat kerana dia bersetuju untuk tidak mencabarnya,” ujar Steltner.
“Namun, dia boleh menukar fikiran,” tambahnya.
Pihak berkuasa Canada percaya Magnotta membunuh seorang pelajar China
dengan menggunakan pencungkil ais dan mengerat mayat mangsa sambil
merakam perbuatan kejam tersebut.
Laporan awal menyebut, mangsa, Lin Jun yang berusia 33 tahun ialah kekasih Magnotta.
Kes tersebut terbongkar selepas beberapa bahagian badan mangsa
dihantar melalui perkhidmatan mel ke beberapa pejabat parti politik di
Ottawa. - AFP
No comments:
Post a Comment