Jom Buat Duit

Thursday, 8 March 2012

Radcliffe hidupkan kisah seram



KEBIMBANGAN Daniel Radcliffe bahawa kariernya akan malap selepas meninggalkan produksi Harry Potter yang dibintangi sejak usia 11 tahun tidak seharusnya membebankannya.
Ternyata, keputusan Radcliffe yang cuba membuang imej sebagai ahli sihir remaja dengan melakonkan filem seram The Woman In Black (TWIB) yang kini rancak ditayangkan, dianggap menyerlahkan lagi bakat lakonannya.

Filem seram itu mengangkat karya nukilan novelis, Susan Hill ke layar perak.

Apa yang jelas, pembikin filem itu tidak menyangka apabila ramai peminat, penggiat seni dan pengkritik filem Hollywood menyukai perubahan dilakukan Radcliffe.


“Selama 10 tahun bersama Harry Porter, saya akui ia memberi pengaruh yang cukup besar dalam karier lakonan sehingga ke hari ini. Kemasyhuran itu tidak pernah diimpikan.

“Bagaimanapun, sebagai pelakon saya perlukan perubahan dan kepelbagaian dalam lakonan. Kita kena keluar daripada kepompong untuk bekerja dengan produksi lain kerana dengan cara itulah seorang pelakon dapat menimba dan mencari pengalaman baru, memilih karakter serta membintangi filem dengan genre yang berbeza-beza.

“Saya akui keputusan diambil sangat besar risikonya apatah lagi dari episod pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone sehinggalah Harry Potter and the Deathly Hallows, siri filem itu tidak pernah gagal di panggung.

“Justeru, apabila dikhabarkan filem The Woman In Black ini menduduki tangga kedua teratas dalam senarai penayangan filem paling laris di Amerika Syarikat pada 3 Februari lalu, saya rasa amat gembira,” katanya.

Menerusi TWIB arahan sutradara James Watkins, Daniel memegang watak seorang peguam muda bernama Arthur Kipps.

Ia mengisahkan seorang peguam muda itu datang ke sebuah desa terpencil yang diancam hantu wanita yang menyimpan dendam ketika hidupnya dulu.

Biarpun, filem seram bukanlah genre kesukaannya, Radcliffe tetap menyahut cabaran itu demi membebaskan diri daripada watak Harry Potter.

Tambahan pula, tahun ini Radcliffe sudah berusia 22 tahun dan dewasa. Usaha dilakukannya itu demi mengembangkan kariernya sebagai pelakon filem.

“Pada saya, ini adalah langkah awal yang sangat tepat. Saya berharap orang lain melihat filem ini dan berkata, ‘dia bukan Harry Potter lagi dan dia sudah dewasa sekarang’. Namun saya percaya hal itu tidak akan terjadi dengan cepat,” katanya.

Terbaru, Radcliffe dilaporkan membintangi filem baru berjudul, Kill Your Darlings. Berdasarkan judulnya saja dapat membayangkan filem yang diangkat menerusi novel Allen Ginsberg itu berkisarkan kes pembunuhan.

Namun demikian, Radcliffe yang terbabit dalam pembikinan filem ini selama berbulan-bulan, menolak untuk berbicara lebih lanjut mengenai filem berkenaan atas kehendak serta permintaan pihak produksi.

“Saya lega diberi kesempatan untuk mengumumkan hal ini. Ia adalah projek filem yang mengambil tempoh yang panjang ketika penggambarannya paling lama. Melalui judulnya saja iaitu Kill Your Darlings, dengan jelas mengetengahkan kisah pembunuhan,” katanya.

Radcliffe turut menjelaskan bahawa sejumlah artis terkenal terbabit dalam filem ini misalnya Chris Evans dan Jesse Eisenberg.

Menyingkap kehidupan peribadi Radcliffe, ramai tidak tahu di sebalik wajah dan ketenangannya, dia menyimpan satu rahsia tidak menyenangkan.

Siapa sangka, dia menghidap penyakit ‘obsessive-compulsive disorder’ yang lebih dikenali dengan nama OCD. Penyakit itu dialami sejak berusia lima tahun. Ia membuatkan Radcliffe selalu tidak percaya dengan apa yang sudah dibuatnya.

Perilaku ini membuatkan pesakit bersikap ‘perfectionis’ berlebihan contohnya, Radcliffe sendiri perlu mengambil masa lima minit untuk meyakinkan dirinya bahawa dia sudah mematikan suiz lampu.

“Saya selalu berasa was-was dengan apa yang saya buat,” katanya.

Kebelakangan ini, Radcliffe akui keadaan dirinya semakin baik. Namun kesibukan sering menghalangnya mengikuti terapi bagi penyakit itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters