Jom Buat Duit

Thursday 15 March 2012

Edry sertai Mojo



GABUNGAN (dari kiri), Edry Denny, Aweera dan Johar membentuk kumpulan Mojo. 

DEMI untuk meneroka visi muzik masing-masing, empat pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan Mojo, sebuah kumpulan yang mempertaruhkan konsep synth-rock sebagai identiti muzik mereka.

Mojo merupakan produk terbaharu daripada KRU Music yang mana anggotanya terdiri daripada bekas finalis One In A Million musim ketiga, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer dan penerbit ternama, Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer.
Posisi pemain dram Mojo pula diduduki oleh Johar Lucas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tilu.

Melengkapkan keahlian Mojo seramai empat orang ialah pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman, Denny.
"Mojo bakal memperkenalkan era baharu muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin," ujar Edry

Ditanya apakah maksud Mojo, kata Edry, ia membawa maksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor iaitu sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.
Tambahnya: "Kekuatan Mojo bukan sahaja pada nama, tetapi juga menerusi single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan Mojo ke arena seni muzik tanah air yang berjudul, Andai Ku Bercinta Lagi.
Menurut Edry lagi, Mojo kini sedang dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun ini.

Katanya: "Namun, penantian terhadap album penuh itu didahului dengan kemunculan album mini (EP) pertama Mojo yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Andai Ku Bercinta Lagi ciptaan saya sendiri, Agar Tetap Indah yang dicipta Denny dan Mimpi hasil nukilan Johar.
"EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep muzik synth-rock Mojo kepada peminat seni tanah air. Semoga kehadiran Mojo mampu memberi aura yang berbeza dan mempelbagaikan genre muzik Malaysia."
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau menerusi Facebook dan YouTube.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters