Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Twinkle cemburui Akshay


AKSHAY KUMAR



SUDAH hampir 11 tahun pelakon Akshay Kumar dan Twinkle Khanna menjadi pasangan paling bahagia. Namun, khabar angin yang bertiup baru-baru ini mendakwa perkahwinan pasangan sama padan itu sedang dilanda krisis.
Kedua-dua pelakon yang sering menghadiri majlis hiburan bersama-sama itu membuatkan ramai tetamu sebuah majlis baru-baru ini tertanya-tanya apabila Twinkle dilihat muncul sendirian.
Twinkle dan Akshay sebelum majlis itu baru sahaja tampil menjadi penghias muka depan dalam sebuah majalah di Bollywood. Ketika pelancaran majalah itu, hanya Akshay sahaja yang hadir.
Sebelum ini ada desas-desus menyatakan bahawa Twinkle terasa hati dengan sikap suaminya yang mata keranjang. Spekulasi menyatakan bahawa Twinkle berasa cemburu apabila Akshay menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen sambil diapit oleh ramai wanita.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters