Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Bob mahu angkat lagu tradisional


BOB akan keluar dengan sebuah single baharu bertajuk Jangan-Jangan nukilah Audi Mok.



PUNYA vokal yang cukup bertenaga, lagu-lagu Bob atau nama sebenar Yusrizan Usop memang ditunggu khalayak. Ujarnya, dia bukan menghilang cuma tidak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama.
“Tahun ini khalayak akan nampak saya semula. Saya akan keluar dengan sebuah single bertajuk Jangan-jangan tulisan Audi Mok,” ujar anak kelahiran Sarawak ini.
Berkongsi keinginan yang dipendam, Bob bercerita tentang niatnya untuk membikin sebuah album tradisional.
“Sejujurnya saya melihat keupayaan muzik tradisional sudah tidak besar dalam industri dan kita tidak ada golongan pelapis. Jadi saya mahu menaikkan semula genre itu di samping mengekalkan kredibiliti muzik itu sendiri,” ujarnya yang menganggap sukar mencari vokalis lelaki yang membawakan genre etnik.
“Saya mahu tangkap komposer-komposer baharu yang hebat untuk mencipta lagu tradisional dan saya tahu mereka mampu. Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu, mungkin bereksperimental membentuk sesuatu yang fusion atau kontemporari,” ujarnya yang sangat kagum dengan semangat penyanyi Noraniza Idris membawa muzik tradisional tinggi di mata khalayak.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters