Jom Buat Duit

Wednesday, 1 February 2012

Shinta Bachir nafi kenali Makbul



JAKARTA: Shinta Bachir menafikan dengan keras bahawa lelaki yang mengugut untuk membunuhnya selama ini adalah bekas ketua Polis Metro Jaya, Makbul Padmenagara.
Malah, dia mengaku tidak mengenali Makbul.

“Demi Allah, saya memang tidak tahu siapa orangnya,” kata Shinta ketika dihubungi wartawan, semalam.

Shinta “menyebut” nama Makbul ketika dia mendedahkan ciri lelaki yang mengugutnya dalam sebuah akhbar tabloid hiburan.


Ciri lelaki yang disebut itu adalah bekas ketua polis yang juga ahli alumni Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia 1974.

Namun begitu, aktres seksi yang membintangi filem “Pulau Hantu 3” menafikan dia menyebut nama Makbul.

Malah, dia merasakan nama baiknya tercemar akibat berita yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Shinta berkata, “Memang nama saya tercemar. Dan waktu itu, Rifai (peguam Shinta) ada bersama dan saya tidak pernah menyebut namanya.”

Shinta menyifatkan kesalahan laporan berita dalam akhbar itu bukan daripada dirinya kerana dia tidak langsung menyebut nama Makbul.

“Yang menulis berita itu adalah wartawan, jadi dia yang buat salah kerana saya tidak pernah kata begitu,” katanya. - Detikhot

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters