Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Anang, Ashanty berdebar tunggu 25 Februari


 JAKARTA: Sepertimana pasangan lain yang akan berkahwin, pasangan penyanyi Anang dan Ashanty menghadapi pelbagai dugaan menjelang majlis pertunangan mereka.
Menurut Ashanty, semakin dekat hari pertunangan mereka iaitu pada 25 Februari ini, semakin banyak dugaan perlu ditempuh.

“Semakin dekat harinya semakin banyak dugaan perlu ditempuh. Ramai orang bersikap aneh kepada saya, tetapi saya menganggapnya sebagai dugaan yang perlu dihadapi,” katanya. Ashanty berkata demikian ketika ditemui bersama Anang di Studio RCTi, Jakarta Barat, kelmarin. Pasangan itu juga mengakui mereka sangat berdebar menanti tarikh keramat itu walaupun kedua-duanya berkata cukup bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui detik indah itu.
“Perasaan saya sekarang bercampur aduk dan paling mengejutkan, bukan saya saja yang berdebar tetapi Anang turut menyatakan perasaan yang sama.

“Saya agak terkejut kerana saya fikir dia tidak rasa berdebar, apalagi ini perkahwinan yang kedua buat dirinya,” katanya. - KL

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters