Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Adele mahu saman majalah Perancis ekoran isu video seks



LONDON: Penyanyi yang memenangi enam anugerah Grammy, Adele akan memfailkan saman terhadap majalah Perancis, Public yang mendakwa dia pernah muncul dalam video seks.
Adele, 23, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan peguamnya, Schillings akan mengemukakan dokumen itu ke mahkamah dalam waktu terdekat ini.

“Anak guam saya tidak pernah muncul dalam video seks sebagaimana didakwa oleh majalah itu. Bukan Adele yang tampil dalam gambar itu. Semua dakwaan itu tidak benar dan palsu,” katanya. Majalah Public mendakwa Adele pernah menghasilkan video seks bersama bekas kekasihnya. Majalah itu turut menyiarkan beberapa gambar yang diambil daripada video seks berkenaan.
Berita negatif itu muncul sejajar dengan kenyataan Adele yang dia selalu menginginkan hubungan seks. Bagaimanapun, peguamnya menegaskan walaupun Adele sukakan seks, itu tidak bermakna dia suka merakam adegan seks. - TS

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters