Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Derita patah paha


BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan  mangsa sebelum dibawa ke hospital. 
BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.
SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.

ALOR GAJAH: “Pemboncengnya melambung melepasi kenderaan sementara penunggangnya melekat di pintu kiri sebelah belakang dengan separuh badannya terperosok dalam cermin kereta yang pecah,” kata Rahmad Azlan, 33, seorang saksi kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, dekat sini, kelmarin.
Kemalangan jam 6.30 petang itu membabitkan motosikal Honda Ex-5 dengan sebuah kereta Perodua Kembara.

Dalam kemalangan itu mangsa, Mohamad Hafiz Shaari, 23, dari kampung Ayer Paabas, dekat sini, cedera parah di muka dan patah paha kiri manakala rakannya Mohamad Fahmi Abdul Wahab, 20, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah turut patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka merempuh Perodua Kembara yang melintang jalan.
Sebelum kejadian Mohamad Hafiz yang juga pelajar Kolej Risda, Ayer Paabas, dekat sini, baru selesai berkelah di Pantai Tanjung Bidara ke Masjid Tanah bersama beberapa rakan yang menunggang tiga motosikal lain.

Rahmad berkata, dia yang berada dalam jarak dua kenderaan di belakang mangsa tergamam melihat perlanggaran itu yang berlaku sekelip mata.



Katanya, dia melihat motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak kenderaan terbabit yang secara tiba-tiba melintang di tengah jalan dipercayai hendak membelok ke kanan tanpa memberi lampu isyarat kanan.
“Saya memandu tidak jauh di belakang motosikal mangsa bersama tiga motosikal lain di hadapan dan mangsa ketika itu cuba mengejar sebuah motosikal ditunggang rakannya sebelum terbabit kemalangan.

“Selepas memberhentikan kereta di bahu jalan, saya berlari dapatkan penunggang motosikal yang masih melekat dengan kepalanya menembusi cermin pintu sebelah kiri manakala kaki sebelah kiri terlipat dua,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fahmi berkata, ketika tiba di tempat kejadian mereka menyangkakan kereta berkenaan akan terus masuk ke simpang jalan namun meleset apabila pemandunya memperlahankan kenderaannya ketika berada di tengah jalan.

“Rakan saya (Mohamad Hafiz) tidak dapat mengelak ke kanan jalan sebab ada beberapa kenderaan dari arah bertentangan manakala di sebelah kiri pula jalannya tidak rata dan terus merempuh kereta itu,” katanya.

Pemandu kereta, Ghani Abd Wahid, 55, pula berkata dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan berhampiran tempat kejadian sebelum kemalangan.

“Tak tahu nak cakap apa, tengah gemuruh sekarang ini, benda sudah berlaku siapapun tidak dapat menduga cuma saya sangkakan kenderaan dari Tanjung Bidara masih jauh lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters