Jom Buat Duit

Monday 2 January 2012

Amanda Imani - Kenapa dengan lagu Adele?



BARU berusia 20 tahun, gadis bersuara lunak yang masih hijau dalam bidang seni suara ini jelas membuktikan vokal yang dipertaruhkan sangat bermutu dan pernah mengharumkan nama Malaysia.
Hakikat ini dibuktikan apabila dia memenangi dua anugerah dalam pertandingan International Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria yang berlangsung pada 13 hingga 15 Mei lalu.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi seperti imej seksi dan yang terbaru percintaannya dengan jejaka seberang, Amanda Imani tetap mengutamakan kerjaya seni dan menjadikan gosip sebagai pengajaran untuk mematangkan diri.

Amanda yang begitu meminati dan mengagumi vokal mantap Adele pernah menyanyikan lagu berhantu, Someone Like You, ketika menyertai pertandingan

berkenaan. Lagu itu memberikan tuah buatnya apabila berjaya meraih anugerah.
Lebih daripada itu, Amanda menyifatkan lagu itu sangat berkaitan dirinya yang baru putus cinta dengan jejaka Singapura.

“Tidak dinafikan saya terganggu dengan isu apabila pihak media mengeluarkan artikel mengatakan saya seorang perampas. Sumpah saya langsung tidak mengetahui dia sudah bertunang kerana sepanjang kami bersama dia tidak pernah mengatakan hal itu kepada saya.

“Apa pun, saya tidak mahu memikirkan isu itu lagi. Yang penting, saya mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya tambahan pula masih belajar dalam jurusan psikologi dan komunikasi di SeGi Kolej.

“Sebagai pendatang baru dalam industri ini, saya mahu bawakan lagu yang lebih segar dan genre yang pelbagai. Tidak mahu sinonim dengan satu genre saja, saya harap peminat dapat menerima saya,” pintanya.

Amanda bakal tampil dengan single baru, Cemburu dan memilih Malique untuk berduet dengannya. Amanda akui lagu itu sesuai dengan usia remajanya.
“Lagu itu ditulis oleh Malique. Memang sudah menjadi impian saya untuk bekerjasama dengannya. Dia seorang ‘perfectionist’ dan bersikap terbuka.

“Kalau saya ingin memberikan pendapat dan membuat improvisasi pada lagu itu, saya boleh beritahu Malique tanpa rasa takut atau segan,” jelasnya.

Walaupun secara kasarnya kerjayanya berjalan agak perlahan, tiada siapa
yang menyangka dia menang Lagu Pop Terbaik dalam pertandingan Voice Inde�pendent Music Awards (VIMA) pada 2010. Album�nya, Yeah juga pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Amanda bukan saja ada vokal mantap malah berbakat menulis lirik. Namun, dia masih mahukan lagu karya komposer terkenal kerana belum yakin dengan karya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters