Laporan itu mencadangkan harga air realistik untuk mengelakkan pembaziran di Asia Pasifik, satu strategi yang menjadikan Singapura sebagai contoh terbaik.
Ia turut mencadangkan bandar baru yang tumbuh di Asia, untuk lebih sensitif terhadap air sejak awal lagi.
Akhbar Straits Times berkata, laporan PBB memberi amaran masalah air di banyak tempat di dunia adalah dalam paras kronik dan akan bertambah teruk apabila permintaan makanan meningkat dan masalah perubahan iklim semakin meruncing.
Ia turut menggalakkan penggunaan air kumbuhan yang dikitar semula sebagai air minuman dan menjadikan Singapura dan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sebagai contoh di mana ia telah dilaksanakan tanpa apa-apa kesan sampingan.
Laporan itu turut mengesyorkan kawasan yang mengalami masalah bekalan air untuk menggunakan air kitar semula. - Straits Times
No comments:
Post a Comment