Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Michelle Obama tunjuk kuat

MICHELLE... aktif menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.
MICHELLE... aktif menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

MICHELLE Obama sekali lagi memerah tenaga, bersaing dengan seorang pengacara televisyen. Kali ini dia mempelawa Jimmy Fallon ke Rumah Putih untuk bersaing dalam satu siri cabaran kecergasan.
Dia bersaing dengan pengacara siri ‘Late Night with Jimmy Fallon’ dalam acara tekan tubi, tarik tali dan baling bola dan akhir sekali, lumba lari dalam guni.

Acara itu sebahagian daripada usaha Michelle untuk mempromosi ‘Let’s Move’, rancangan yang menggalakkan amalan pemakanan sihat dan mengekalkan kecergasan fizikal di kalangan kanak-kanak Amerika Syarikat.
Fallon membuka segmen dalam studionya yang disiarkan oleh NBC dengan menjelaskan kepada penonton: “Kami menjadikan senaman dan mengekalkan kehidupan sihat sebagai matlamat utama.”

Dia seterusnya berkata: “Kami juga adalah peminat khusus ‘Let’s Move’ yang diusahakan oleh Wanita Pertama, yang menggalakkan kanak-kanak supaya aktif.”

Hos NBC itu kemudian menyiarkan klip video Obama bercakap mengenai kesediaannya untuk kelihatan bodoh asalkan dapat menggalak kanak-kanak menjalani kehidupan cergas.

Fallon kemudian berkata: “Saya memperbodohkan diri saya setiap malam. Kerana itu saya mengambil keputusan untuk ke sana dan membantu Wanita Pertama.” Sambil menyambut kehadiran Fallon di Rumah Putih, Michelle bertanya: “Anda sudah bersedia untuk bertanding?”

Mereka kemudian memulakan siri ujian kecergasan dengan perlumbaan tekan tubi.
Sebelum ini Michelle bersaing dengan pengacara rancangan televisyen, Ellen deGeneres, dengan membuktikan dia dengan mudah mampu melakukan senaman ‘sit-up’ tanpa merasa penat.

Dan kini, sekali lagi dia membuktikan dirinya boleh melakukan tekan tubi, mengalahkan Fallon yang kelihatan tercungap-cungap untuk melakukannya.

Dalam acara tarik tali, ia kelihatan Michelle menang.

Namun apabila kamera mengambil gambar jauh, Wanita Pertama Amerika Syarikat sebenarnya mendapat bantuan daripada seorang kakitangan Rumah Putih.

Cabaran seterusnya ialah menggunakan gelung hula dan Michele kelihatan serius sambil menggoyangkan pinggulnya, tetapi dia tewas kepada Fallon.

Namun, Michelle memenangi pertandingan baling bola apabila berjaya melontar bola itu tepat ke muka pengacara televisyen berkenaan sebelum mencadangkan perlumbaan larian dalam guni bagi menamatkan pertandingan.

Meskipun Fallon tidak kelihatan gembira, dia hampir memenangi acara itu sebelum terjatuh, membolehkan Michelle memintasnya dan memenangi acara itu.
Sebaik perlumbaan berakhir, Fallon yang tewas berkata: “Tidak kisah siapa yang menang.” Namun Michelle menjawab: “Saya kisah!”

Michelle mengambil kesempatan dengan menjadikan rancangan sembang di televisyen bagi meraikan kempen ulang tahun keduanya dalam menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

Beberapa minggu lalu, dia muncul dalam rancangan lewat malam bersama Jay Leno, Rachael Ray dan Ellen DeGeneres.

Ketika muncul bersama Jay Leno dalam rancangan ‘The Tonight Show’, dia membawa beberapa makanan kesihatan untuk pengacara itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters