Jom Buat Duit

Sunday 19 February 2012

Jolie diugut bunuh

SELEPAS tayangan pertama filem In The Land Of Blood and Money kepada 5,000 orang rakyat Sarajevo, pelakon utamanya, Angelina Jolie menerima banyak ugutan bunuh.
Menurut Aceshowbiz, Jolie, 36, menerima ugutan itu kerana filem tersebut didakwa mengandungi unsur kontroversi yang mengundang kemarahan rakyat bandar tersebut.
“Ada ugutan yang dilakukan secara langsung dan ada mesej yang dihantar di Internet. Pelakon lain warga Serbia yang berlakon dalam filem itu juga menerima ancaman sama.
“Mereka (pelakon Serbia) tidak pernah memberitahu saya mengenainya tetapi ancaman itu tetap ada kerana ada antara mereka yang keretanya dipecahkan dan telefon bimbit mereka digodam,” ujar Jolie.
Jelas Jolie, dia pernah menasihati pelakon tersebut untuk tidak hadir dalam tayangan perdana pada minggu lalu tetapi tidak diendahkan.
Ketika tayangan di Serbia, Jolie tidak hadir berikutan masalah kesihatan biarpun ramai yang beranggapan dia takut berdepan dengan masyarakat di situ.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters