Jom Buat Duit

Monday 20 February 2012

Brown tinggalkan majlis penghormatan Whitney Houston




NEW YORK – Penyanyi Bobby Brown tiba-tiba meninggalkan majlis penghormatan bekas isterinya, Whitney Houston di gereja New Hope Baptist di Newark kelmarin.
Dia mendakwa pengawal peribadi memintanya keluar beberapa kali dan menghalangnya daripada melihat anak perempuannya yang dijaga oleh Houston.
Menurut satu kenyataan Brown, semasa tiba pada majlis penghormatan itu, dia tidak dibenarkan untuk menemui anak perempuannya hasil perkongsian hidupnya dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.
Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas 15 tahun rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.
“Pada majlis itu, saya memberikan ciuman pada keranda bekas isteri saya dan meninggalkan majlis kerana saya tidak mahu mewujudkan satu ledakan emosi atau kemarahan,” kata Brown.
“Anak saya kecewa dengan insiden itu.” tambahnya.
Houston yang punca kematiannya masih belum diketahui selepas dia ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi pada 11 Februari lalu di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles.
Mayat Houston yang meninggal dunia pada usia 48 tahun dikebumikan di kubur sebelah bapanya di Newark, New Jersey semalam.
– Agensi
Bobby Brown

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters