Jom Buat Duit

Friday 4 May 2012

Hyun-joong mahu temui peminat



RAMBUT Hyun-joong (tengah) didandan sebelum dia diwawancara wartawan di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Hyun-joong (gambar) memulakan siri jelajah untuk bertemu dengan para peminatnya di Asia yang bermula di sini hari ini.

Penyanyi kumpulan SS501 itu dijangka bertemu kira-kira 3,000 peminatnya di pintu keluar stadium selepas konsertnya berakhir.

Menurut pihak penganjur, pada awalnya Hyun-joong ingin bertemu 500 peminat yang dipilih daripada penonton konsertnya.

Namun, dia mengubah fikiran dan mahu menemui semua peminatnya.
"Saya tahu ia tidak mudah dan saya berharap walaupun jika pertemuan itu merupakan yang paling singkat, para peminat harus tahu bahawa saya begitu menghargai usaha dan sokongan mereka," katanya semalam.

Menurut Hyun-joong, dia yakin masalah keselamatan tidak akan menjadi isu.
Konsert jelajah tersebut juga akan diadakan di Hong Kong, Taiwan, China dan Thailand.
Pihak penganjur berkata, Hyun-joong juga akan menemui para peminatnya di Hong Kong dan Taiwan.

Jejaka berusia 25 tahun itu menjadi terkenal di Asia selepas muncul menerusi drama televisyen Korea Selatan pada tahun 2009, Boys Over Flowers.
Album solo pertama Hyun-joong, Break Down diterbitkan pada tahun lalu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters