Jom Buat Duit

Friday 4 May 2012

Isu Britney, The Wanted





Kumpulan lima anak muda British, The Wanted yang terdiri daripada Max George, Jay McGuiness, Tom Parker, Siva Kaneswaran dan Nathan Sykes sememangnya nama baharu dalam industri muzik global, namun mereka pantas meraih populariti.

Itu faktor kenapa mereka terpilih sebagai artis pembukaan konsert bintang tersohor, Britney Spears untuk konsert jelajahnya di Manchester, Britain pada tahun lepas.
Namun The Wanted yang popular dengan lagu, Glad You Came itu baru-baru ini mendedahkan pengalaman pahit yang dialami mereka di belakang pentas konsert tersebut.

Dalam satu temu bual bersama stesen radio Fresh 101.7, ujar Tom: "The Wanted sudah menandatangani kontrak bahawa kami tidak boleh mendedahkan apa sahaja yang berlaku di belakang pentas konsert Britney Spears di Manchester pada tahun lepas. Namun, peduli apa kami mahu dedahkan juga."

Ujar Siva pula: "Saya serta anggota The Wanted yang lain dan pengurus kami sedang berada di laluan belakang pentas untuk ke bilik persalinan Britney apabila tiba-tiba Britney muncul di situ bersama pengawal peribadinya yang kemudian mengarahkan kami supaya menghadapkan muka kami semua ke dinding."

Tambah Tom: "Sewaktu Britney melangkah membelakangi kami, semua orang mengeluh mengatakan arahan itu keterlaluan. Namun, kami terpaksa menghadapkan muka kami ke dinding selama 10 saat sehinggalah Britney beredar dari situ."
Sebelum ini, The Wanted telah mengutuk Christina Aguilera yang juga juri The Voice versi Amerika Syarikat ekoran pengalaman mereka bertemu penyanyi diva itu di belakang pentas program realiti TV itu.

Ujar Tom: "Christina langsung tidak memandang apatah lagi menegur kami. Dia sangat sombong!"
"Berbanding Jennifer Lopez (merupakan salah seorang juri program realiti American Idol) yang kami temui sewaktu dijemput sebagai penyanyi undangan untuk American Idol, Christina langsung tiada memiliki apa-apa. Jennifer mempunyai personaliti yang hebat dan berhemah tinggi sedangkan Christina lebih layak dilabelkan sebagai perempuan jalang!"

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters