Jom Buat Duit

Saturday, 24 March 2012

Ugut bogel kebas RM200


GOMBAK: Seorang wanita menempuh detik cemas beberapa jam selepas dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan matanya ditutup, dipukul dan diugut akan dibogelkan di hadapan orang ramai sebelum mereka melarikan wang tunai miliknya sebanyak RM200, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 29 tahun yang berjalan sendirian menuju ke sebuah kedai di Taman Sri Gombak terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki bertopeng keluar dan mengacukan pisau.

Menurut sumber, lelaki itu kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta jika tidak mahu dicederakan. Bimbang dengan keselamatannya, mangsa akur dan di dalam kereta matanya ditutup dengan kain.
“Mangsa merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan sebaliknya mereka meminta dia menjelaskan hutang yang dibuat adiknya kerana sehingga kini masih belum dibayar.

“Mangsa yang tidak tahu menahu mengenai perkara itu sekali lagi meminta mereka melepaskannya dan berjanji akan memberitahu adiknya supaya menjelaskan hutang berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan mempercayainya dan meminta mangsa membayarkan hutang terbabit malah mereka mengugut akan mengoyak pakaian dan mangsa akan dibogelkan sebelum ditinggalkan di tempat tumpuan orang awam.

“Mangsa yang menggigil ketakutan hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak diapa-apakan dan berjanji akan menyelesaikan hutang itu.

“Namun lelaki terbabit masih enggan melepaskannya sebaliknya mangsa turut dipukul di kepala beberapa kali sebelum mereka merampas beg duit dan mengambil wang tunai sebanyak RM200,” katanya.
Menurut sumber, selepas itu mangsa ditinggalkan di kawasan Brickfields dan memberitahu akan mencarinya lagi jika adiknya masih berdegil dan tidak mahu membayar hutang sebelum mereka terus melarikan diri.

“Mangsa yang dalam keadaan kebingungan dan trauma dengan kejadian itu kemudian diselamatkan orang awam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters