Kembar tidak seiras, Emilie Falk dan Lin Backman yang tidak pernah kenal satu sama lain sebelum ini, dipisahkan 29 tahun lalu.
Menurut ujian DNA yang dilakukan pasangan itu dua bulan selepas bertemu semula Januari tahun lalu, terdapat 99.98 peratus mereka ialah adik beradik.
Beberapa kejadian rumit membawa kepada pendedahan itu.
Kedua-duanya diambil sebagai anak angkat dari sebuah rumah anak yatim di Semarang, utara Indonesia oleh pasangan Sweden.
Bagaimanapun, dalam dokumen masing-masing, tidak ada sebarang butir menyatakan mereka mempunyai kembar.
Apabila ibu bapa angkat Lin meninggalkan rumah anak yatim itu bersama-samanya pada hari itu, pemandu teksi yang membawa mereka bertanya: “Bagaimana dengan seorang lagi? Adiknya.” Mereka kemudian menulis nama Indonesia pasangan kembar itu pada sekeping kertas.
Nama itu membantu ibu bapa Lin menjejaki keluarga Falks di Sweden dan kedua-dua pasangan itu bertemu beberapa kali untuk membandingkan dokumen ketika kanak-kanak itu masih bayi.
Antara yang bercanggah ialah nama bapa mereka yang berbeza. Dan meskipun nama ibu mereka sama, keluarga itu menganggap ia juga satu kesilapan.
Pasangan itu akhirnya melupakannya dan kemudian terputus hubungan.
Meskipun ibu bapa angkat masing-masing bercerita kepada mereka ketika kanak-kanak, tetapi Lin dan Emilie terlupa mengenainya. Dalam meningkat dewasa, masing-masing tidak berminat untuk mengenai maklumat mengenai latar belakang asal mereka. “Tetapi apabila saya berkahwin dua tahun lalu, saya terfikir mengenai keluarga dan mengenai diri saya dijadikan anak angkat. Apabila saya tanya kepada ibu, dia menceritakan kepada saya semula. Saya mengambil keputusan untuk menjejaki Lin,” kata Emilie.
Dia mula mencari rangkaian Internet mengenai anak Indonesia yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Sweden dan menemui Lin di Facebook.
“Saya dilahirkan pada 18 Mac 1983 dan nama ibu kandung saya ialah Maryati Rajiman,” tulis Emilie.
Dia serta merta mendapat jawapan: “Itu nama ibu saya. Dan itu juga tarikh hari lahir saya.
Masing-masing mendapati diri mereka banyak persamaan - kedua-duanya bekerja sebagai guru, berkahwin pada hari sama tetapi selang setahun dan menari mengikut lagu perkahwinan yang sama, ‘You and Me’ oleh Lifehouse. - Agensi
No comments:
Post a Comment