MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pelancong Belanda dan seorang Switzerland bersama-sama jurupandu mereka.
Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki bot selepas 14 hari melakukan kegiatan memerhati burung.
Mereka dibawa oleh kumpulan itu ke sebuah bulau di selatan Filipina.
“Lima lelaki bersenjatakan senapang, pistol dan pelancar bom tangan
menaiki bot itu di laut dan mengarahkan yang lain, seorang anggota
polis, ahli majlis perbandaran dan kapten bot terjun ke laut,” kata
Gabenor Pulau Tawi-Tawi, Sadikul Sahali.
Kumpulan bersenjata
itu kemudian memecut bersama-sama tebusan mereka, warga Belanda, Elwold
Horn, 52 dan rakyat Switzerland, Lorenzo Vinciguerra, 47, serta
jurupandu mereka, kata ketua polis tempatan, Bienvenido Latag.
“Ia
kesalahan jurupandu mereka. Dia tidak mahu menyelaraskan keselamatan
dengan pihak berkuasa,” kata Sahali. Setakat ini, belum ada pihak
mengakui bertanggung jawab. - AFP
No comments:
Post a Comment