Jom Buat Duit

Friday 13 January 2012

Ziela Jalil - Anak Angkat Penyeri Hidup



NALURI keibuan yang menebal dalam diri mendorong penerbit drama terkenal, Ziela Jalil mengambil seorang anak angkat lelaki bagi menceriakan kehidupannya sekeluarga. Sejak kematian suami tercinta, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, tiga tahun lalu, Ziela ditemani dua cahaya mata tersayang.

Namun, Puteri Julia Nabilah Megat Junid kini sudah berusia 20 tahun, manakala cahaya mata keduanya pula, Megat Jufri Nasrullah Megat Junid, 18, maka tangisan anak kecil amat dirindui. Justeru, kehadiran bayi lelaki comel yang diberi nama Ibrahim Junid Abdullah diakui cukup bermakna buat Ziela sekeluarga.

Ziela berkata, hasrat untuk mengambil anak angkat itu memang sudah lama difikirkannya sejak arwah suami meninggal dunia. Bagaimanapun, ujarnya ketika itu masih belum ada rezeki dan selepas tiga tahun menanti penuh sabar, akhirnya Tuhan memakbulkan juga impian yang sekian lama terpendam itu.

“Saya amat gembira dan bersyukur dengan kehadiran Ibrahim Junid dalam keluarga kami. Dia (Ibrahim Junid) adalah anak daripada individu yang ada kaitan persaudaraan dengan saya. Apa yang pasti, istimewanya bayi ini pada saya sekeluarga kerana dia berkongsi tarikh lahir dengan Allahyarham suami iaitu 8 Disember.
“Biarpun, sudah agak lama tidak menjaga bayi kecil tetapi saya sangat seronok. Apapun, buat masa sekarang saya sibuk kendalikan segala urusan penting berkaitan pengambilan anak angkat ini. Dalam pada itu, saya juga memantau perkemba�ngan produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd yang ada projek drama baru.

“Jadual saya memang padat, tetapi tiada masalah untuk menguruskan semua�nya. Ditambah, melihatkan wajah bayi kecil ini nyata menyejukkan hati. Kini, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga mengaturkan segala yang terbaik buat diri ini dan anak-anak. Syukur atas nikmat kegembiraan dianugerahkan,” katanya.

Menurut Ziela lagi, Julia dan Jufri juga menerima kehadiran Ibrahim Junid dengan hati yang terbuka. Katanya, usia mereka pun sudah besar dan pastinya amat menyayangi si kecil

itu. Ziela berkata, dia juga tidak kekok dalam menguruskan bayi walaupun sudah lama tiada anak kecil.

“Saya mengambil Ibrahim Junid dan menjaganya ketika dia berusia 11 hari. Sepanjang tempoh itu, semua berjalan lancar dan tidak sukar menguruskan bayi kecil ini. Sekarang, kami bertiga menjaganya sebaik mungkin dengan sepenuh kasih sayang. Inilah rahmat dan kurniaan Tuhan pada kami,” katanya.

Sehubungan itu, Ziela berkata dia merancang akan mengadakan kenduri cukur jambul untuk bayi kecil itu pada 5 Februari ini bersempena sambutan Maulidur Rasul. Ujarnya, ketika itu semua urusan penting dan kerja sudah diselesaikan dan hanya meraikan kehadiran si kecil itu di rumahnya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters