Jom Buat Duit

Friday 13 January 2012

Lebih banyak skandal seks askar Australia dibongkar

SYDNEY: Tentera Australia dikejutkan dengan pendedahan banyak skandal seks, termasuk dakwaan mencabul, porno kanak-kanak, rogol dan dadah di kalangan anggotanya.
Dokumen yang diperoleh Channel Seven News berdasarkan Akta Kebebasan Maklumat mendedahkan apa yang disifatkan sebagai ‘pelanggaran disiplin yang berterusan, sering kali membabitkan kes yang besar dalam pasukan tentera Australia.’ Menurutnya, lebih 100 kejadian dilaporkan tahun lalu, daripada kemalangan membabitkan senjata kepada serangan seksual, khususnya di kalangan tentera laut, tempat dakwaan salah laku di atas empat kapal perang disiasat.

Antaranya, dakwaan serangan seks di atas kapal HMAS Newcastle dan HMAS Diamantina, yang sudah diserahkan kepada pihak polis.
Dokumen itu, yang dirujuk sebagai ‘Ringkasan Isu Panas,’ berkata, seorang pegawai kanan kapal HMAS Success dilaporkan kepada polis kerana merakam kegiatan seksnya dengan kelasi bawahan.

Tujuh bulan sebelum itu, seorang kelasi wanita di atas kapal sama mendakwa dicabul ketika kapal itu singgah di Singapura oleh rakan kelasinya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters