JAKARTA: Polis di Nganjuk, Jawa Timur menyiasat satu kes yang
mengaitkan pembunuhan, di mana pembunuhnya mengaku menggunakan racun
tikus terhadap 15 lelaki, menyebabkan kematian empat daripadanya, kerana
rasa cemburu.
Dua lelaki hidup manakala yang lain tidak diketahui nasib mereka.
Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya.
Mujianto menemui nama rakan-rakan lelaki kekasihnya di dalam telefon bimbit kekasihnya Joko.
Dia merasa curiga kerana 15 lelaki itu mempunyai hubungan intim dengan Joko.
“Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang dibuat.
Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.
Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.
Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. - Jakarta Post

No comments:
Post a Comment