Jom Buat Duit

Friday 18 May 2012

Tiga beradik Mexico digantung


TIGA daripada lima tertuduh yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR -- Tiga beradik warga Mexico, seorang warga Singapura dan seorang rakyat tempatan masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 29,460.17 gram, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap tiga beradik iaitu Joseregino Gonzales Villareal, 34, Simon Gonzales Villareal, 37, dan Luis Alfonso Gonzales Villareal, 44.
Dua lagi tertuduh ialah Lim Hung Wang, 55, merupakan warga Singapura dan Lee Boon Siah, 48, rakyat Malaysia.
Mohd. Zawawi berkata, keterangan pembelaan kelima-lima tertuduh adalah tidak munasabah, meragukan serta tidak logik apabila menyatakan mereka berada di kawasan kilang itu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Ini kerana kilang tersebut kosong dan kerja-kerja pembersihan yang didakwa dilakukan oleh mereka tidak selaras dengan keterangan saksi pendakwaan malah pakaian mereka ketika itu mempunyai kesan melakukan kerja-kerja memproses dadah di kawasan tersebut," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters