Jom Buat Duit

Friday 18 May 2012

Ibu tunggal diusir 12 hantu dari rumahnya

VANESSA di rumah yang dikatakan berhantu.

ESSEX: Seorang wanita terpaksa meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah itu.
Vanessa Mitchell, 37, menceritakan bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan.

Antaranya, memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga.
Hantu itu juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air.

Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buai bayi itu.

Vanessa, yang bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

“Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu.” Dia masih berhutang sebanyak �147,000 (RM735,000) untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu.’ Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters